lain-lain jangka bah

9 Jul

Berpandukan arah Selatan seperti pukul 9.Di celah-celah bukit tersebut kelihatan asap berkepul-kepul. Kehairanan seisi rumah atas apa yang dilihat oleh mereka. Maka untuk mengetahui dengan lebih lanjut si anak bersama sepupunya yang baru pindah bergegas terus menunggang dan bonceng motosikal kapcai milik bapanya yang tidk berodtax dan bertayar botak. Memang ada niat lain kedua mereka. Sekonyong-konyong keluar simpang sebatang dua menjadi habuan.

Melalui jalan berliku berbukit bukau hati mereka berbunga-bunga kegembiraan sambil menjejak arah mana asap berkepul-kepul tersebut.nyatalah kerisauan dihati mereka.sangkaan mereka sesuatu yang buruk serta musibah melanda tempat menuntut ilmu mereka. Dipulaslah dengan maha dasyat menderum-derum bunyi kapcai mereka seakan merekalah hero yang cuba menyelamatkan keadaan. Dengan kedaifan yang dialami kapcai mereka, si penunggang melakukan rebahan tajam di simpang tiga menuju arah musibah sangkaan.

Yang paling cekap kendalianmu puji si pinsan kepada si anak empunya kapcai.. Bangganya tidak terperi. Namun begitu, sewaktu aksi rebahan tersebut ada mata menyaksikan. Alangkah terkejut dan kedap-kedap jantung mereka sekali dituding berkali di geleng oleh mereka. Dua kali dituding berkali-kali geleng mereka. Sergahan itulah yang membuatkan mereka berkecutan perut maka diperlahankanlah kapcai ditongkatkan seeloknya berdirilah keduanya datanglah ia lalu bertanya ” ada lesen ? Kenapa tak pakai helmet ?” Dengan sengih tawar keduanya mendapat surat saman buat kali pertamanya di usia mereka masih muda” pesan si polis “lain kali pakai helmet” sambil berlalu pergi meninggalkan mereka kepinga-pingaan. Bertambahlah kepinga-pingaan mereka bila mengetahui asap berkepul-kepul tersebut adalah tilam-tilam yang dibakar berhampiran dengan asrama sekolah mereka.
Sungguh sadis pengalaman mereka.maka pulanglah mereka ke rumah dengan hampa serta berdiamlah mereka.
Sekian – sebagai cerita untuk post ke-9. Tiada nama watak dan nama tempat dinyatakan hehehehe.seychisss

P/s- baca bismillah dan doa sebelum makan.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted with WordPress for BlackBerry.

2 Responses to “lain-lain jangka bah”

  1. Nani July 10, 2011 at 8:20 am #

    oi, macam mana mau follow ni?

  2. rightcuping July 10, 2011 at 10:40 am #

    heee.aku pun tak tau

seychiss laa..:)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: